Want your
own Fotopage?















 
iAN SHAM PROFESSIONAL MAKEUP ARTIST

By: ian sham

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  >  >>]    [Archive]
Friday, 12-Jan-2007 01:09 Email | Share | | Bookmark
Petua Cantik Luar Dan Dalam

Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah

Ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam surah Al-Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.
Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 > [56.35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, [56.36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), [56.37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.[56.38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;


Tuesday, 9-Jan-2007 09:57 Email | Share | | Bookmark
Majlis Bertandang - Kamarudin & Suhana, Keramat Permai, KL

Suhana sebelum dan selepas berias
Suhana & Kamarudin sebelum berarak
Chewah....
View all 6 photos...
Alhamdulillah...akhirnya sempat juga saya rakamkan gambar terbaru untuk tatapan anda semua setelah sekian lama menyepi...Bukan apa...sibuk sikitlah hujung tahun ni....kekadang ada juga gambar yang tak sempat saya rakamkan....



Nama pengantin kali ini ialah Kamarudin & Suhana...Suhana ialah seorang gadis yang sangat.....pemalu...Puas pihak keluarga memujuknya supaya tidak terlalu malu untuk bergambar....
Akhirnya, setelah saya pujuk dan pujuk ....dapat juga saya merakamkan gambar aksi posing pengantin....



Tuesday, 28-Nov-2006 00:39 Email | Share | | Bookmark
Karnival Perkahwinan 2006

EKSTRAVAGANZA PERKAHWINAN MELAYU 2006
Tarikh: Ahad - 10 Disember 2006 (11.00pg - 7.00mlm)
Tempat: Plaza Ballroom, Lower Lobby,
Park Royal Kuala Lumpur


KARNIVAL PERKAHWINAN 2007
Tarikh: 19 Januari - 21 Januari 2007
Tempat: Penang International Sports Arena (PISA)


KL WEDDING EXPO KE-4 2007
Tarikh: 2 Februari - 4 Februari 2007
Tempat: MidValley Exhibition Centre


SARAWAK BRIDAL FAIR 2007
Tarikh: 23 Mac - Mac 2007
Tempat: Kuching, Sarawak


Please book these dates in your calendar...



Saturday, 25-Nov-2006 07:38 Email | Share | | Bookmark
Menaikkan Seri Wajah Pengantin

Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.
Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

30 hari sebelum hari perkahwinan - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai "Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik. Cubalah.

Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak

Most recent comments... (In posting order)
nice tips...memang bagus untuk bakal2 pengantin...keep it up!!


ingin merakamkan detik2 indah perkahwinan anda? bertunang? bulan madu atau apa sahaja layari http://candidsyndicate.fotopages.com
Fri 24-Nov-2006 18:33
Posted by:nash >>CSP a.k.a THE LADIES TEAM  - [Link]


Friday, 24-Nov-2006 06:54 Email | Share | | Bookmark
Rias Diri Saat Cincin Disarung Di Jari


Majlis pertunangan dianggap sebagai tanda ikatan pasangan dara dan uda Persiapannya juga tidaklah semeriah majlis perkahwinan. Mungkin anda inginkan majlis yang ringkas tetapi ia cukup bermakna. Tentunya, anda tidak ingin melepaskan peluang untuk menatarias wajah anda, tatkala bakal ibu mertua menyarungkan cincin pertunangan. Tidak semestinya anda bertudung, anda tidak dapat menggayakan solekan yang menarik. Amat penting untuk anda menyesuaikan solekan dengan pakaian yang anda kenakan.

Solekan untuk majlis pertunangan bergantung kepada individu itu sendiri. Sesetengah mereka lebih suka mengenakan solekan seperti majlis raja sehari, walaupun itu hanyalah pertunangan sahaja.

Namun demikian, ia tidaklah terlampau menyerlah, cukuplah dengan hanya solekan yang ringkas dan nampak lebih berseri.

Kebiasaannya, bedak asas amat diperlukan untuk menghilangkan noda-noda hitam yang terdapat di muka.

Untuk tidak menampakkan kesan-kesan solekan seperti maskara dan pembayang mata, bedak asas diletakkan di bahagian bawah mata agar solekan nampak kemas dan tidak comot.

Elak daripada menggunakan hiasan atau barang kemas yang terlampau banyak terutamanya di bahagian jari. Biarkan jari anda hanya untuk disarungkan dengan cincin pertunangan.




Friday, 24-Nov-2006 01:50 Email | Share | | Bookmark
Make Over-Nor; Pasar Dato Keramat,Keramat

Before makeup
Nor 1
Nor 2
View all 7 photos...


Most recent comments... (In posting order)
nice Fri 24-Nov-2006 04:22
Posted by:Shukri sfawani sfawani@hotmail.com  - [Link]


Wednesday, 22-Nov-2006 00:20 Email | Share | | Bookmark
Make Over-Reception Normayana & Md. Noor, Gombak

Blending Foundation
Blending Eyeshadow
Makeover nearly done
View all 5 photos...



Cun la ana..kenapa gambar pengapit tak msk???marah la ni Fri 24-Nov-2006 02:43
Posted by:Enawati antz2205@gmail.com
kita kena tunggu pengapit naik pelamin dulu la, baru boleh amik gambar bebanyak...hik...hik....hik...

jgn marah yek en...
Sat 2-Dec-2006 06:12
Posted by:madanaya madanaya_star@yahoo.com.my
so nice ian!i suker sumer yg u make up...very the lovely......eeeeeee......nak blaja dari mana nie! Fri 9-Nov-2007 06:23
Posted by:Halieza Maharon ismerra_cute@hotmail.com
View all 6 comments


Wednesday, 22-Nov-2006 00:13 Email | Share | | Bookmark
Trial Makeup before wedding

Close Up 1
Close Up 2
Close up 3
View all 5 photos...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.